Wednesday, March 31, 2010

Khidmat Masyarakat Ke 2 Pada tahun 2010 GIATMARA Ketengah

salam bertemu kembali saudara dan saudari sekalian....... my friends.......
kemarin 30.3.2010 saya bersama rakan saya zamani dan semua pelatih GIATMARA Ketengah serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat Banbar Al-Muktafi Billah Shah. Telah menbuat khidmat masyarakat..... lokasinye bertempat di Pusat Pemuliahan Dalam Komuniti nama ringkasnya (PDK) Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Mungkin ramai yg tidak tahu apa itu (PDK) biarlan saya terang kan secara ringkasnya. PDK adalah suatu tempat untuk melatih Orang Kurang Upaya(OKU) dengan kata lain tempat yang melatih golongan istimewa.....

Berbalik kepada cerita asal..... tujuan saya dengan rakan saya (Zamani) adalah untuk memberi kesedaran pada pelatih GIATMARA Ketengah. Bahawa golongan OKU dan istemewa ini perlukan sokongan, perhatian serta dorongan, dan tidak boleh disisihkan.....kerana itu tangungjawab bersama dalam membantu golongan seperti ini.....agar mereka gembira, dan mereka tidak merasakan dirinya tersisih...... selain itu saya dan rakan saya (Zamani) berharap semua pelatih bayangkan kalau kita berada ditempat itu.....sudah tentu tak nak disisihkan.....jadi fikir.....lah.... bak kata nabil lu....fikirlah sendiri......

Semasa Khidmat Masyarakat disana kami sumbangkan tenaga kami dalam bentuk Gotong-Royong , seperti menebang pokok-pokok besar, memotong rumput kawasan PDK, Mencuci longkang sekitar PDK.dan lain-lain lagi.....

Pelatih GIATMARA Ketengah Dan Tenaga Pengajar


Aktiviti Pelatih GIATMARA Ketengah Lakukan


Akitiviti Ini Turut Dibantu Oleh Warga (PDK) dan Pelatih (OKU)

Salah Serorang Tenaga Pengajar GIATMARA Ketengah Membantu Memotong Rumput Di Kawasan PDK


Gambar Sebagai Kenangan
Pengurus GIATMARA Ketengah,Wakil Bahagian Bina Insan Dan Pendidikan (Ketengan) Pelatih-Pelatih/Tenaga Pengajar GIATMARA,Pegawai Bomba Bandar AMBS, Guru-Guru PDK, Dan Pelatih Glongan Istimewa

Ucapan setinggi-tinggi Penghargaan kepada semua yang terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat ini, terutamanya kepada Penyelia PDK Puan Yusnita..., Pegawai Bomba En. Amran yusof dan en kamil, Tak lupa juga buat semua guru PDK dan Pelatih PDK, Buat tenaga pengajar GIATMARA Ketengah EN. Zamani Mat Husin U ARE MY FRIEND......kerana sama-sama menjayakanya dengan sebaik ini.....yang terakhir sekali kepada bos kami Pengurus GIATMARA Ketengah Kapt (B) Abdul Rahman bin Hamat kerima kasih kerana memberikan sokongan yang padu kepada kami melakukan program khidmat bersama masyarakat.....dan kimi semua gembira kerana bos turut sama-sam turun padang........

Tanpa sokongan semua program sebegini tidak akan menjadi ......terima kasih semua....
semoga kita dapat melakukan kerjasama di masa-masa yang akan datang.......

sekian .........dari saya

Sofian Hakim Che Ismail
``u are my friends"

Friday, March 19, 2010

pendarahan sewaktu hamil

Pendarahan pada awal kehamilan sebenarnya jarang berlaku, tetapi ia sering terjadi hampir pada 30% kehamilan. Dan separuh dari wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, biasanya dapat meneruskan kehamilannya dan melahirkan bayi mereka dengan sihat.

Pendarahan dalam jumlah yang sangat sedikit / bintik-bintik pada awal kehamilan boleh jadi sesuatu yang normal, ia berlaku kerana proses implantasi embrio pada dinding rahim yang menyebabkan dinding rahim melepaskan sejumlah kecil darah, biasanya ia terjadi pada minggu ke 7-9 usia kehamilan dan hanya berlaku selama satu atau dua hari saja.
Kebanyakan wanita mengalami pendarahan berbintik kecil ini setelah melakukan hubungan seksual, atau mengangkat barang yang berat, ataupun kerana aktiviti yang berlebihan. Perkara ini berlaku kerana bahagian servik mengandungi lebih banyak pembuluh darah dan pembuluh darah melebar sewaktu kehamilan ini. Jika pendarahanini berlaku, berhenti seketika daripada melakukan aktiviti-aktiviti anda sehingga pendarahan kecil tersebut hilang.

Namun begitu, kadangkala, pendarahan kecil sewaktu trimester pertama kehamilan ini juga adalah merupakan tanda-tanda ancaman keguguran. Ada dua kemungkinan yang boleh dipertimbangkan apabila terjadi perdarahan pada trimester pertama kehamilan ini, iaitu Keguguran atau Kehamilan Ektopik.
Pendarahan semakin banyak?
Ada kemungkinan anda akan mengalami keguguran jika perdarahan menjadi semakin banyak (lebih dari 1 gelas), biasanya ia akan disertai dengan rasa sakit perut. Kadang-kadang juga, darah yang keluar disertai darah beku atau jaringan fetus. Manakala tanda-tanda untuk kehamilan ektopik adalah pendarahan vagina disertai rasa sakit perut dibahagian bawah pada satu sisi.

Walaupun, pendarahan kecil (spotting) pada trimester pertama kehamilan adalah perkara biasa (sering terjadi pada 30% kehamilan) tapi adalah lebih baik anda memaklumkan perkara tersebut kepada doktor anda.
Jika pendarahan semakin banyak banyak, senak perut yang kuat, sakit perut bagian bawah secara berterusan atau rasa seperti ingin demam/panas tubuh. Hubungi doktor anda dengan segera. Semua ini boleh menjadi tanda terjadinya ancaman keguguran atau komplikasi lain seperti kehamilan ektopik.
Biasanya doktar akan melakukan pemeriksaan Doppler untuk mendengar denyutan jantung janin dan USG untuk memastikan diagnosa.

Jika anda masih risau dan bingung dengan pendarahan yang anda alami ini, ceritakan apa perasaan dan fikiran anda kepada doktar anda.

Kehamilan dan kelahiran untuk mendapatkan seorang bayi adalah salah satu peristiwa yang sangat indah dan luar biasa di dalam hidup anda, oleh itu, binalah komunikasi yang baik dengan doktar anda.

Sekian, semoga anda sentiasa sihat dan selamat melahirkan kandungan anda.

Wassalam.

Wednesday, March 17, 2010

sejarah logo GIATMARA Malaysia

sejak ditubuhkan pada 1986




sekarang ini lah logo yang dipakai sekarang

Tuesday, March 16, 2010

sofian photo grapher

kepada sesiapa yg ingin dan perlukan perkhidmatan memgambil gambar .... boleh lah berjumpa dengan saya .sofian hakim che ismail

Monday, March 15, 2010

Bmw vision

Dilengkapi sistem computer yang begitu canggih

Steering sebelah kiri..........tapi takpa sampai je kat malaysia kita tukar le.....ke kanan pula.....heeeee apa2 pun steering tu cantik nampak bergaya.......



pintu nya buka naik ke atas...... macam sayap burung dah.....


Rim tayar ni pun cantik.... sekali pandang macam kipas jeeeee, tapi ingat ....bukan kipas tau


No pendaftaran belum ada lagi..... bila dah oder nanti kita letak heeeeee.....





bmw vision adalah merupakan minat aku,

doa

Dulu masih ku ingat..... doa ini sering dibaca oleh dj isma halil hamzah, ketika berkumandang suaranya di thr.fm pada waktu malam .

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…..

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu….

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu….

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu… ….Amin…..

Bookmark and Share

pepatah-pepatih


1. Alang-alang mandi biar guna sabun.
2. Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.
3. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, kepala manusia kalau diasah pasti botak.
4. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
5. Biar lambat asalkan lembab.
6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
7. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.
8. Cubit paha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
9. Dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pula.
10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.
11. Di mana bumi dipijak, di situ ada kesan kena pijak.
12. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
13. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
14. Habis madu sepah dikitar semula.
15. Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.
16. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.
17. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
18. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.
19. Hidup segan mati ditanam.
20. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.
21. Jauh di mata sakit di hati.
22. Jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.(beli le pukat tunda lagi baik)
23. Kais pagi makan pagi, kais petang simpan esok pagi.
24. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
25. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
28. Makan hati berulam jantung dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap.
29. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung.
30. Membujur lalu melintang pukang.
31. Orang memberi kita merasa, orang tak beri kita paksa dia.
32. Pandu cermat, jiwa Kassim Selamat.
33. Patah tumbuh hilang report polis.
34. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondan tiang telepon.
35. Sambil menyelam tengok kapal selam.
36. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
37. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.
38. Sehari selembar benang lama-lama benang habis.
39. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga..
40. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.
41. Sudah gaharu cendana pula, sudah digaru gatal pula.
42. Sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian ditimpa bendul, kemudian ditimpa rumah, kemudian $B!D!D!D(B.
43. Tiada rotan pelempang berguna juga.
44. Waktu kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan, bila tua penyakit sawan.

-= Mari berpantun =-

1. Berakit-rakit dahulu,
berenang-renang ke tepian,
kerana rakit pecah dilibas buaya,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-lenang kemudian,
pasal dapat banyak duit hasil jualan kulit buaya yang libas rakit tadi tu.

2. Pisang emas dibawa belayar,
masak sebijik aje di atas peti,
pasal pisang yang lainnya habis dibedal kelasi kapal tu

3. Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan,
sebab tu lah pekasam tu masam,
bila diseluk kena ketiak masam.

4. Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan engkau makan papan,
kalau boleh nak makan perahu.

5. Tidur tak lena,
makan tak kenyang,
mandi tak basah,
berak tak basuh.

Sekadar Hiburan…
wahahahkakakamuahah ahakakakaahakaha kahka.. alahaiiiiiii

kembalilah fiona-4u2c

Pernah kau kata
Akulah kekasihmu
Tetapi kau tidak pernah
Menghargai kata-kata itu
Walaupun dulu
Ku memendam cintaku
Tetapi ku rasa sekarang
Terpaksa ku mengalah
Demi cinta kita
Kan kupastikan
Kitakan bersama akhirnya
Untuk kali terakhir ini
Kita kan membina cinta kita

( korus )
Apa yang kukatakan
Dan apa yang telah kulakukan
Hanya untuk dirimu
Agar kau kembali padaku
Percayalah kekasih
Kau bertakhta di hati ini
Buat selamanya
Kembalilah pada diriku ini
Ku menyedari kesilapan diriku
Maafkanlah ku kekasih
Kuharap kau mengerti
Semua ini

Pernah kau kata
Akulah kekasihmu
Tetapi kau tidak pernah
Menghargai kata-kata itu
Walaupun dulu
Ku memendam cintaku
Tetapi ku rasa sekarang
Terpaksa ku mengalah
Demi cinta kita
Kan kupastikan
Kitakan bersama akhirnya
Untuk kali terakhir ini
Kita kan membina cinta kita

( korus )
Apa yang kukatakan
Dan apa yang telah kulakukan
Hanya untuk dirimu
Agar kau kembali padaku
Percayalah kekasih
Kau bertakhta di hati ini
Buat selamanya
Kembalilah pada diriku ini
Ku menyedari kesilapan diriku
Maafkanlah ku kekasih
Kuharap kau mengerti
Semua ini

Sunday, February 21, 2010

aduhai................

hari ini aku sgt berbangga kerana aku telah dapat satu ilmu berkaitan dengan dunia siber ku.........huhuhuhu...........